Wednesday, May 04, 2005

Harga Minyak Naik Lagi


Rakyat Malaysia terperanjat lagi. Selepas mesyuarat mingguan kabinet semalam, harga runcit minyak dinaikkan lagi sebanyak 10 sen seliter. Kenaikan ini agak mendadak kerana sebeleum ini pun sudah beberapa kali harga minyak naik. Mengikut kerajaan subsidi minyak yang terpaksa ditanggung kerajaan akan dikurangkan dan harga runcit di negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara jiran. Pengeluaran minyak Malaysia sekarang ialah lebih kurang 650,000 tong sehari dan pada harga pasaran dunia 50 dolar Amerika (lebih kurang RM190 setong) pendapatan minyak Malaysia sehari ialah RM123 juta! Atau RM45 billion setahun. Kenaikan mendadak ini akan menyebabkan harga runcit barang-barang keperluan harian juga naik. Tambang bas naik. Kadar tol naik. Angin naik. Tekanan darah pun naik.

Mereka yang paling tertekan ialah yang berpendapatan rendah. Tapi apa mereka boleh buat? Dengan 90% majoriti di Parlimen, kerajaan sekarang boleh buat apa sahaja yang mereka suka, sekurang-kurangnya sehingga tahun 2008. Jadi memang sudah dijangka sebarang tindakan kurang popular akan diambil sebaik sahaja memenangi majoriti besar pilihanraya. Menjelang lima tahun akan datang rakyat akan lupa dan mereka akan dipilih semula. Betul kata Dr Mahathir, Melayu memang mudah lupa! Masakan beliau tidak tahu. 22 tahun dia memimpin bangsa yang pelupa ini. Jadi memang patutlah apa yang mereka dapat sekarang ini. Orang Malaysia sepatutnya tak perlu merungut jika semua harga Barang Naik. Mereka telah memilih BN. So, you stupid Malaysians, shut up your mouth and get back to work!

No comments: