Merdekakah kita?
Kebelakangan ini saban hari di kaca TV, di akhbar dan di Internet berita pembunuhan umat Islam di seluruh dunia disiarkan seolah-olah mereka dilahirkan untuk dihina, dicap sebagai pengganas dan dibunuh sewenang-wenangnya. Di Lubnan, Palestin dan Iraq negara mereka dijajah dan perang saudara berleluasa. Negara mereka dipecah-pecahkan, suku kaum yang berlainan dilaga-lagakan supaya mereka senang untuk diperintah. Taktik kotor penjajah British pada kurun ke-19 yang memecah dan memerintah diulang tayang semula di negara Arab oleh penjajah baru Amerika. Kalau dulu alasannya menyebarkan agama Kristian dan peradaban Barat kepada dunia Timur yang kuno dan mundur, kini ia diadun semula dengan kulit demokrasi, kebebasan dan perang melawan pengganas. Kalau dulu muslihatnya ialah untuk mendapatkan bahan mentah dan membuka pasaran baru, kini habuannya adalah kuasa ke atas minyak dan sumber tenaga dunia. Mereka semua adalah sama. Tapi kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka menguasai segala-galanya. Kuasa media digunakan untuk mengaburi mata dunia, ekonomi untuk mendesak sokongan dan ketenteraan untuk menghapuskan negara Islam. Aku rasa rakyat biasa dan umat Islam sedar akan penipuan ini, namun kita tidak dapat berbuat apa-apa. Tangan dan kaki, mulut serta telinga pemimpin-pemimpin kita diikat lalu mereka bagai lembu dicucuk hidung yang akan mengikut saja apa yang diperintahkan oleh tuan mereka walaupun rakyat menderita.
Sebagai individu yang lemah apa yang boleh kita buat? Ramai antara kita lupa bahawa kita sebenarnya menyokong ekonomi mereka dengan menggunakan produk-produk mereka. Apa kata kalau kita semua sedar dan bersatu untuk memulaukan barangan mereka dan berubah menggunakan produk alternatif dari negara-negara yang tidak memusuhi Islam? Ini sajalah usaha yang dapat kita lakukan di dalam keadaan serba kekurangan sekarang. Sedarkah kita bahawa banyak produk yang mereka perkenalkan kepada kita sebenarnya tidak diperlukan untuk kelangsungan hidup. Siapa perlukan kopi Starbucks yang berharga RM10 secawan sedangkan pekerja ladang kopi di tempat asal bahan tersebut di Colombia hanya diupah RM10 sehari? Siapa perlukan burger McDonalds sedangkan nenek-moyang kita dulu dapat hidup sehingga 80 tahun tanpa pernah mengidamkan makan daging dengan roti bun. Dan siapa perlu minum Coca Cola kalau air nira kelapa kita pun lebih enak dari minuman berasid itu? Namun media di sekeliling kita mengubah persepsi dan membuatkan seolah-olah barangan tersebut sekarang adalah suatu keperluan. Media massa melalui iklan yang bertubi-tubi mempengaruhi jiwa kita supaya menggunakan produk yang tidak perlu. Kita sudah terlalu bergantung kepada media untuk memberitahu kita apa yang kita perlu makan dan bagaimana menjalani hidup supaya kita nampak bergaya dan tidak ketinggalan zaman. Akhirnya penjajahan minda sudah lengkap dan kita hanya mengikut telunjuk mereka. Kalaulah kita seperti orang asli di hutan yang tidak kisah dengan TV dan radio. Kalaulah kita seperti mereka tidak tamak mencari duit untuk bergaya dan mengejar gaya kehidupan yang kebendaan. Tentunya kita akan lebih merdeka.
Kajang
31 Ogos 2006

No comments:
Post a Comment