UMNO dan penyakit orang Melayu
Terpampang di dada akhbar Mingguan Malaysia hari ini tentang temuramah dengan PM sempena perhimpunan agung UMNO minggu depan. Isu hangat yang dibincangkan ialah agenda Melayu dan rasuah politik yang menjadi-jadi dewasa ini. Aku sebagai orang Melayu sendiri tak berapa pasti apa itu agenda Melayu. Yang aku tahu agenda pemimpin-pemimpin UMNO ialah mengaut kontrak-kontrak kerajaan dan menyerahkannya kepada bukan Bumiputra dengan harapan untuk dapat untung atas angin. Itu persepsi aku setelah sekian lama mendengar PM dulu dan sekarang meluahkan rasa kekecewaan mereka dengan bangsa Melayu yang enggan berubah sikap.
Di sebalik Islam Hadhari yang dicanangkan oleh kerajaan sekarang, belum nampak tindakan drastik yang diambil untuk menghapuskan rasuah. Seorang bekas Ketua UMNO Bahangian dan bekas Ketua Menteri yang berhutang judi sehingga RM7.1 juta di London tidak dikenakan apa-apa siasatan oleh BPR. Bagaimana dia boleh mengumpul harta sebanyak itu sedangkan rakyat di negerinya sendiri masih ramai yang tinggal di rumah air. Aku sedikit optimistik bila seorang naib presiden UMNO dikenakan tindakan disiplin baru-baru ini kerana memenangi jawatan itu dengan politik wang. Nampak seolah-olah ada semangat baru untuk membersihkan parti itu dari najis politik wang. Namun aku kembali pesimistik bila kes bekas Ketua Menteri itu ditutup begitu saja.
Seperti tahun-tahun sudah, kali ini mereka akan bersidang lagi dan meluluskan resolusi dengan berapi-api. Kemiskinan Melayu akan dibincangkan. Keciciran pelajar-pelajar Melayu akan diperdebatkan. Masalah pengangguran dan gejala sosial remaja Melayu akan dilaung-laung. Nasib kontraktor-kontraktor Melayu yang bilangannya hampir memecah rekod dunia itu akan diulas. Ekonomi orang Melayu akan dikaji dan Islam Hadhari akan diteliti. Namun sebaik sahaja kereta-kereta mewah mereka meninggalkan hotel lima bintang tempat mereka menginap, apabila imej Dewan Merdeka yang gah itu mula hilang dari cermin kereta mereka, mereka akan teruskan hidup mengejar kemewahan. Kertas-kertas kerja kemiskinan Melayu mungkin akan ditong sampahkan. Kemiskinan Melayu? “Ah, itu bukan masalah aku. Aku orang Melayu kaya”. Kepada mereka yang membangkitkan isu ekonomi Melayu, mereka akan berkata, “lihatlah aku orang Melayu yang berjaya dalam ekonominya”. Apabila diajukan persoalan masalah gejala sosial Melayu jawapannya mungkin “mana aku ada masa memikirkan itu semua. Otakku perlu diperah untuk memenangi kontrak bina sekolah yang berharga puluhan juta itu, dan bagaimana untuk menyerahkannya kepada Ah Chong untuk disiapkan”. Bagaimana pula dengan konsep Islam Hadhari? Aku pasti jawapannya, “Islam Hadhari tidak menghalang kita menjadi kaya raya!”.
Dan mungkin ada yang bertanya kenapa aku memikirkan senario yang begitu mengecewakan ini. Aku tak pasti jawapannya. Dr Mahathir dulu dan Pak Lah sekarang juga melahirkan perasaan yang sama. Jikalau merekapun tidak dapat memberikan jawapan, biarlah ia kekal menjadi soalan.
17 Julai 2005.

No comments:
Post a Comment